Followers

6 perkara yg Allah sembunyikan dari kita


... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1 Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

2 Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

3 Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

4 Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

5 Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

6 Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Bismillahirrahmanirrahim,
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan Sekalian Alam...aku sedar akan goyahnya imanku dalam setiap waktu. namun aku terus leka dan kadangnya sengaja melemahkan diri untuk menunaikan tuntutan Mu. Sedangkan aku mampu Ya Allah. Aku berasa hina meminta dan terus memohon diberikan limpah kurnia, dalam masa yg sama aku hebat melakukan dosa terhadap Mu.

Bukan masa yg aku perlukan dan bukan sesiapa yg aku perlukan utk berubah Ya Allah. Sesungguhnya Kau sentiasa ada di sisi aku. Kau berkatillah perjalanan hidup aku dan umat Islam didunia ini. Pancarkanlah pada kami cahaya keimanan dan ketaqwaan Mu. Semoga kami dipimpin terus ke jalan kebenaran.

Amin.



1 Comment:

Anonymous said...

InsyaAllah..Allah maha mndengar..Allah suka hmba yg sering mminta dan memohon kpdnya..mngadulah kpdnya beribu kalipun.. DIA mngetahui ap yg trbaik untuk umatnya..:)

Post a Comment