Followers

0

Malam pertama di Wad Bersalin


semalam, 14 April 2014 merupakan malam yang sangat bermakna dan sangat terkesan dalam hidup aku. mulanya hanya ajakan biasa tapi alhamdulillah..Allah beri juga peluang pada selftitled untuk melihat sendiri proses kelahiran seorang insan ke dunia.



kat wad bersalin hospital raja permaisuri bainun ipoh semalam, kami (aku, aqlan, farah, ain, bella) dapat melihat sendiri akan keindahan dan kebesaran Allah melalui proses kelahiran bayi itu..siapa sangka malam yang sama dapat tengok doktor n nurse2 sambut dua baby tuu..hehe..seorang baby india n seorang lagi baby melayu..dua2 baby tuu comeelll sangat :D

namun, disebalik proses ini, hanya Allah sahaja yang tahu betapa sayunya hati selftitled melihat keperitan seorang ibu semasa melahirkan anaknya ke dunia ni..si ibu berbangsa india ke melayu ke..semuanya sama..dua2 mengalami sakit yang amat sangat ketika bersalin semalam..Allah..sebaknya hati teringat ibu2 yang ada di dunia ini..betapa besarnya pengorbanan yang diorang telah lakukan demi kita..belum campur pengorbanan mereka dalam membesar kan kita.

pucat betul muka masing2 lepas keluar dari wad bersalin tu..hehe..mana tak nya..pengalaman ini lah yang student2 medik impikan sepanjang hidup diorang..alhamdulillah..peluang inilah yang kami dapat semalam..nasib baik xde yg mabuk darah.hehe..kalau x dah pengsan dah semalam..paling seronok dapat pegang..dapat belai..bayi2 yg betul2 freshh..hehe..maksudnya yang betul2 xsampai sejam pon lahir..comel sangat2.. :)


dalam post kali ni, eloklah selftitled nak kongsikan sedikit akan hikmah yang Allah kurniakan bagi seorang wanita yang melahirkan anak agar terang pada kita..bahawa..hikmah Allah tu sangat berbaloi..sangat setimpal..dan sedikit pon x rugi..jadi pada bakal2 ibu..janganlah takot2 ye :)

*      Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

*      2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil. 

*      Wanita hamil perolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.  Rasulullah menyatakan bahawa wanita hamil akan memperolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah ke sana ke mari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah .

*      Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.

*      Wanita yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa pada setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.

*      Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

*      Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

*      Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun), malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.

*      Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.

*      Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.


nampak kan ?..betapa Allah itu Maha Adil :) ingat lagi, keluar2 je baby tu terus menangis2 tapi..sebaik sahaja si ibu letak kan kat atas perut dy..langsung hilang tangisan baby tu..hihi.. begitu juga pada si ibu, mula2 berkerut pedih mereka menahan sakitnya bersalin..tapi..segalanya hilang saat melihat bayi yang dikandungya sembilan bulan..hadir dihadapan mereka buat kali pertama..hanya senyuman dan tangis haru yang diukir..

seronokknyaaa la kan kalau ada baby :D 

* MOOD BERANGAN ACTIVATED *   #tetiba

hehe..so akhir post ni selftilted nak pesan kat korang2 semua..jagaaaaaa lah ibu korang selagi mereka masih ada..sayangiiiiii lah mereka seperti mana yang mereka lakukan kat kita..hargaiiiiilah setiap pujian dan penghargaan yang mereka berikan kat kita..sebab Allah janjikan syurga x susah..hormatilah  kedua ibu bapa kita :)

moga dengan ini aku akan lebih berusaha dan bersemangat untuk menjadi seorang Doktor Muslim yang berjaya, assalamualaikum.



p/s : teringat waktu baby keluar ade sorang nurse ni tanya, sarimah ke zali..? .hehe..
pandai diorang guna nama untuk tentukan jantina baby2 tu :)




Read more
1

Anugerah Nya



7 Februari 2014

di meja makan Malam Anugerah Siswa

aku : eh tinaaa..ape yang akan terjadi dgn kite malam ni ek? *nervous*
tina : taktahuuu..kite pon xtahu..tahu2 je diorang suruh pakai cantik2 untuk malam ni
aku : samelahh..dah la inform last minit~ ..urghh dah la meja makan kita pon asing
tina : tahu xpe..takotnyaa..tudung kite okay x? *belekblelektudung*

hihi

aku x pernah lagi dapat surprise yg seseprise macam ni..tapi its happened already.haha..alhamdulillah..malam tu aku dinobatkan sebagai Anugerah Tokoh Mahasiswa Unggul 2014 peringkat RCMP..woww..alhamdulillahh..beratnyeee nak terima tapi itu pilihan mereka..mungkin rezeki sementara yang Allah pinjamkan ni untuk mengingatkan kembali aku pada Nya..

tapi..

jauhh dalam sudut hati aku..x pernah terdetik pon untuk mengejar anugerah macam ni..ye, selftitled suka sangat melibatkan diri dalam pelbagai program dan sukan..bukan sebab tamak..tapi sebab peluang..peluang yang hanya datang sekali je..jika dibiarkan belum tentu ada orang lain yang mengambilnya..mulanya memang zero, tapi sebagai manusia, kite perlu bersedia untuk salah dan menerima kesalahan..baru lah kita berjaya di akhir nanti..aku yakin dengan itu.

puasnya bila kite berjaya membuktikan kepada orang lain asalnya kita loser akhirnye the great winner..kepada sahabat2 yang lain..rendahkan ego anda seketika..banyak kan bergaul dgn orang yang lebih berpengalaman dan jauhkan dari sifat mementingkan diri..insya Allah

kejayaan selangkah dihadapanmu

amiinnn

ini muka2 pemenang anugerah malam tu
Atina = Anugerah Mahasiswi Unggul
Shamirul = Anugerah Usahawan
Arafah = Anugerah Sukarelawan


p/s : x sabarnyeee nak berprogram lagi..mihihi








Read more
0

2014


alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

syukur sgt2 sebab masih diberi peluang oleh Nya untuk menambah post dalam blog selftitled ni...biar pon dah lama sgt menyepi..hihi..sukar nak ceritakan kat sini betapa sibuknya aku tahun lepas dengan pelajaran dan sebagainya..malam ni terasa rindduuuuu pulak nak update.haha

where to start where to starttt??..
ahh awkwardnye da lama x menaip.haha..malu2 plak..hehe.setelah berhempas pulas untuk tahun pertama dan tahun kedua dalam bidang perubatan ni..akhirnya sampai jugak aku ke clinical years (tahun ketiga)..aku kira x perlu lah nak cerita semuanya yg telah berlaku dalam tahun2 yg lepas sebab banyaakkkk sgt rasenye.hehe..tapi mane2 part yg penting insya Allah selftitled akan post kan kat dalam blog ni nanti..

tahun ketiga??

ermmm x banyak yg nak diciterkan sebab baruuu sgt3 masuk dalam clinical years ni..ape yg penting tahun ketiga ni ibarat tahun honeymoon la bg budak2 medic ni.hee...tapi cabaran nye berbeza..sgt berbeza..insya Allah..jika berkelapangan selftitled nak kongsikan semuanye disini..

kepada followers semua

sorry la menghilang.hehe..love cu ols <3 font="">

tunggu update terbaru nanti ye

ilalliqa' 






Read more