Followers

Suami mithali 2012




Ini citer pasal suami mithali bagi tahun 2012 iaitu En.Archie dan pasangannya iaitu Violet D’Mello. Mereka berasal dari UK. Bagi kaum wanita, tinggalkan kejap diari cinta sedih korang dan jom ikuti kisah pengorbanan si suami ini yang bakal menyentap hati kaum hawa. Sila teruskan bacaan. 

Isterinya, Violet mahu bercuti ke Afrika Selatan untuk berjumpa secara langsung dengan harimau kumbang. Akur dengan kehendak si isteri, En.Archie layan jer permintaan tersebut. Ketika Violet mahu bergambar dengan harimau kumbang yang jinak, tiba-tiba harimau itu mengganas dan menyerang Violet. 


Harimau itu menerkam kaki dan perut Violet. Selepas itu, binatang itu mencengkam belakang leher wanita malang ini.


Mujurlah Violet berpura-pura mati bagi mempertahankan diri. Akhirnya, harimau kumbang ini melepaskan cengkamannya terhadap Violet dan pekerja keselamatan sempat menyelamatkannya.




Korang mesti tertanya-tanya apakah tindakan suami mithali Violet ini? Untuk pengetahuan korang, masa Violet sedang bertarung dengan maut, En.Archie lah orang yang bertanggungjawab menangkap gambar bagi tontonan korang semua dari awal entri sampai habis. Daripada menolong isterinya, dia lagi sanggup tangkap gambar. Suami contoh bukan? Hahaha ;3




0 Comment:

Post a Comment