Followers

Promosi2!!



Tanda-tanda Dekatnya Kiamat.

1. Kewafatan Rasullulah
2. Penaklukan Baitul Maqdis
3. Wabak Penyakit


Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Hitunglah ada enam peristiwa yang akan terjadi menjelang kiamat, iaitu kematianku, kemudian penaklukan Baitul Maqdis kemudian terjadinya kematian yang disebabkan oleh wabak penyakit yang akan menimpamu seperti penyakit Qu’as yang menimpa kambing.”
(Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab Sohehnya dari Anas bin Malik pada “Kitabul Jizyah wa al-Muwa‘idah”, juz 6, dan juga diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tabrani dari Mu’az bin Jabal.).




Berdasarkan hadis Rasullulah di atas, semuanya sudah terjadi pada zaman sekarang. Kewafatan Rasullulah, penaklukan Baitul Maqdis dan wabak penyakit seperti penyakit Qu'as. Penaklukan Baitul Maqdis telah diperintah dan ditakluk oleh Islam dan Kristian selepas kewafatan Rasullulah dan akhirnya ditakluk dan ditawan oleh Zionis sehinggalah sekarang dan mereka sedang melakukan pelan mereka untuk merobohkan Al-Aqsa untuk membina Temple Solomon. Wabak penyakit yang dimaksudkan itu adalah selesema burung dan khinzir yang berlaku sejak kebelakangan ini dan tidak pernah berlaku pada zaman Rasullulah.



4. Zina Bermaharajalela


"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."
Sahih Muslim



Jika kita lihat situasi zaman sekarang, seks sebelum berkahwin seakan menjadi satu kelaziman dan ia berleluasa di sana-sini. Betapa banyaknya video-video klip rakaman sendiri yang tersebar di internet bak cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir setiap hari ada berita di dada akhbar, bayi dibuang. Bertudung, tidak bertudung semuanya seakan tidak terlepas dari kenyataan perit ini.


5. Bermaharajalela alat muzik

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" -
Ibnu Majah



Sudah terang lagi bersuluh. Tidak perlu saya ulas lanjut tentang perkara ini kerana saya percaya anda semua sudah cukup biasa. Penyanyi wanita dan alat musik menjadi kebiasaan yang amat sangat.


6. Menghias masjid dan membanggakannya


Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid"
Riwayat Nasai



Tanda ini juga telah terjadi pada zaman sekarang. Masjid dibina bukan bertujuan untuk mendirikan solat kepada Allah tetapi lebih kepada kemegahan dan kebanggaan!


7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat


Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia"
Riwayat Thabrani



Tanda ini juga telah lama terjadi. Mustafa kamal Ataturk antaranya yang telah menjatuhkan Khilafah Turki. Pada zaman sekarang pon hal ini terjadi. Tidak perlu diulas panjang kerana anda semua sudah tahu akan perkara ini.


8. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

Adakah hadis ini sesuai menggambarkan keadaan wanita zaman sekarang? Oh, sudah semestinya! Lihat sahaja cara wanita zaman sekarang berpakaian. Anda sedia maklum.

9. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai


Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai."
Sahih Muslim



Mungkin ramai antara kita tidak mengetahui tanda ini juga telah berlaku di Arab Saudi. Pernahkah anda mendengar Tabuk di Arab Saudi? Di tengah-tengah gurun telah dibina padang rumput yang hijau. Dan Tabuk ini turut mengeksport bunga-bunga yang ditanam di padang itu ke Mesir. Kawasan gurun menjadi subur dengan padang rumput dan sistem perairan (sungai).


10. Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam



Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)."
Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Juga telah lama terjadi di dunia ini. Manusia terlalu leka mengejar kemewahan dunia yang melekakan kita dengan tujuan utama kita hidup di dunia ini. Harta bendalah yang paling penting untuk dikejar, sehingga kita lupa diri.



Ini hanyalah sebahagian dari tanda-tanda kecil kiamat yang telah lama berlaku dan sedang berlaku. Banyak lagi tanda-tanda lain yang akan saya kongsikan. Percayalah, masa kian menghimpit kita ke pengakhiran tanpa kita sedari.


Suke ngan post ni?Klik la link kat atas 2 ad bnyak ag post yg menarik.

0 Comment:

Post a Comment