Followers

Taktik Kotor?Xkemane de.



Kalimah 'Allah' tiba-tiba muncul di lantai surau

KULIM: Surau An Najihin di Taman Tiram, Lunas, dekat sini, kini menjadi tumpuan orang ramai dan penduduk sekitar untuk menyaksikan tertimbulnya tulisan jawi yang membentuk kalimah "Allah" di beberapa tapak jubin lantai anjung hadapan surau itu sejak pagi Isnin lepas.

Menurut penduduk di situ yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah berkata, kejadian aneh dan pelik bermula apabila berpuluh-puluh keping jubin retak dan lekang dari lantai selepas solat subuh dan kemudiannya timbul kalimah "Allah" di lantai.


Kelihatan bekas tapak lantai jubin yang lekang di ruang anjung surau An-Najihin berbentuk kalimah "Allah". (foto Bernama)

Seorang lagi penduduk Abdul Rahman Ahmad,48, berkata beliau adalah antara anggota jemaah yang menyedari kejadian itu dan pada mulanya beliau beranggapan jubin itu pecah kerana telah reput.

"Saya pun cuba menyelak beberapa jubin tersebut berada dalam kedaan baik dan tidak rosak," kata Abdul Rahman seorang kakitangan Pejabat Tanah Daerah Seberang Perai, di Kepala Batas.

Pengerusi surau berkenaan Omar Zakaria, 63, memberitahu surau tersebut telah dibina sejak 1999 lalu dan pada mula beliau beranggapan kejadian jubin lekang dari lantai simen kerana pembinaannya telah hampir lapan tahun.

"Tetapi selepas beberapa orang anggota jemaah yang masih belum pulang cuba menyelak-nyelak dan memeriksa jubin-jubin berkenaan mereka mendapati kejadian pelik apabila menjumpai tulisan berupa huruf jawi yang membentuk kalimah 'Allah' di beberapa tapak jubin berkenaan", kata beliau ketika temui di rumahnya di sini.


****************

Hmm..Dapat gak aku cari sal topik ni.Act,aku pernah cter an kat kawan2 ak sblom ni..Taw x,kontrak binaan surau ni ditandatangani oleh orang bukan Islam??

Hah.Selftitled rase kowg2 mesti taw nape jubin2 tu retak dengan sendiri.

Allah Maha Mengetahui



0 Comment:

Post a Comment