Followers

Lepat , Siti Aminah dan Ahmad Azali Caesar

korang pernah tengok video ni? >
tadi saje2 layan youtube and terjumpa video ni


comel kan? :D
kalau xcukup,,ni ade lagi video Siti Aminah ni dgn adiknya Ahmad Azali




Seronok denga anak2 Jerman ni cakap bahasa Utara.haha
Pok dia pon sama lawak dgn depa.:D
Hmm..dua2 insan comel ni merupakan permata hati Lepat aka Ismail Arifin..hmm,sape dy ni?.untungnyee la dapat kahwin orang Jerman..dapat anak comel2 plak tuu..mesti ramai yang tertanye2 kan..selepas Selftitled go thru goggling, rupe2nye ada kisah menarik di sebalik keluarga yang comel ni..macam ni cternyee


Kronologi kes Lepat :

-Perkahwinan dahulu antara Ismail Arifin (Lepat) dengan Jane Brummit @ Aishah Jane Abdullah mendapat zuriat (seorang anak yang bernama Sunni Sazali yang dilahirkan di Malaysia)
Februari 1996 – Aishah larikan Sunni ke England kali pertama sebelum Lepat membawa anaknya ke Amsterdam dan kemudian pulang ke Pulau Pinang pada bulan Oktober 1996


-Pada 1 April 1997, mahkamah berkenaan mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni setiap pagi Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown selepas rumah tangga pasangan itu mengalami keretakan


-5 Julai 1997 – Sunni dilarikan Aishah buat kali kedua semasa dalam Custody Makhamah Syariah Pulau Pinang dengan menyeberangi sempadan di pintu Bukit Kayu Hitam
Kes ini menjadi rumit kerana keluarga Jane Brummit berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Crown di Winchester pada Ogos 1997 supaya Ismail Ariffin memulangkan semula Sunni. Jane kemudian pergi ke Malaysia bagi mendapatkan hak penjagaan ke atas Sunni daripada Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Kes penjagaan anak itu ditangguh pada bulan Jun 1997.


-Pada laporan akhbar 18 Mac 2010 (berita Harian), melalui kenyataan Ketua Polis Negara pada masa itu polis tidak pernah menutup kertas siasatan kes bekas isteri pelukis potret, Ismail Ariffin atau Lepat, Aishah Jane Brummit yang melarikan anak mereka, Sunni, ke England, 13 tahun lalu
Tiga belas tahun lalu, Aishah melarikan anak hasil perkongsian hidup dengan Lepat, 42, selepas pertemuan dengan anaknya atas perintah Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang, Othman Ibrahim.
Pada 1 April 1997, mahkamah itu mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni, setiap Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown. Namun, Aishah mengambil kesempatan itu untuk melarikan Sunni ke England menerusi sempadan negara di Bukit Kayu Hitam.


-Ketika itu, polis menjalankan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan, iaitu culik daripada penjagaan yang sah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun.
Sunni Sazali semasa kecil

Sunni dah besar


Dipetik dari http://purplelurve11.blogspot.com/2011/12/lepat-and-kids.html




Begitulah ceritenyee, xsilap aku, aku pernah terbace cerita si Lepat ni kat Mastika dulu..hmm,kesian Si Lepat ni..namun berkat doanya, sekarang Lepat dah pun berkahwin dengan seorang wanita muslim Jerman, Ave Caesarina. Bertuah si Lepat ni.




Hasil perkahwinan tu, beliau dikurniakan Siti Aminah dan Ahmad Azali yang comel ni :3
nahh...ni video2 dyowg..ade banyak lagi kat channel ni >









dari dalam video lagi Selftitled dapat rasekan yg Lepat ni seorang ayah yang baik dan pandai mendidik anak.. Islam juga dititik beratkan dalam mendidik budak2 comel ni..benarlah bahwa doa orang2 yang teraniaya ni sentiasa makbul :)

jgn lupe like fanpage dyowg jugak ok:D..tata





1 Comment:

Anonymous said...

Menitik air mata aku tengok telatah anak2 abg lepat ni...aku suka tengok anak2 jerman ni. Salam sayang dari kedah. Shahrel...

Post a Comment