Followers

Malam pertama di Wad Bersalin


semalam, 14 April 2014 merupakan malam yang sangat bermakna dan sangat terkesan dalam hidup aku. mulanya hanya ajakan biasa tapi alhamdulillah..Allah beri juga peluang pada selftitled untuk melihat sendiri proses kelahiran seorang insan ke dunia.



kat wad bersalin hospital raja permaisuri bainun ipoh semalam, kami (aku, aqlan, farah, ain, bella) dapat melihat sendiri akan keindahan dan kebesaran Allah melalui proses kelahiran bayi itu..siapa sangka malam yang sama dapat tengok doktor n nurse2 sambut dua baby tuu..hehe..seorang baby india n seorang lagi baby melayu..dua2 baby tuu comeelll sangat :D

namun, disebalik proses ini, hanya Allah sahaja yang tahu betapa sayunya hati selftitled melihat keperitan seorang ibu semasa melahirkan anaknya ke dunia ni..si ibu berbangsa india ke melayu ke..semuanya sama..dua2 mengalami sakit yang amat sangat ketika bersalin semalam..Allah..sebaknya hati teringat ibu2 yang ada di dunia ini..betapa besarnya pengorbanan yang diorang telah lakukan demi kita..belum campur pengorbanan mereka dalam membesar kan kita.

pucat betul muka masing2 lepas keluar dari wad bersalin tu..hehe..mana tak nya..pengalaman ini lah yang student2 medik impikan sepanjang hidup diorang..alhamdulillah..peluang inilah yang kami dapat semalam..nasib baik xde yg mabuk darah.hehe..kalau x dah pengsan dah semalam..paling seronok dapat pegang..dapat belai..bayi2 yg betul2 freshh..hehe..maksudnya yang betul2 xsampai sejam pon lahir..comel sangat2.. :)


dalam post kali ni, eloklah selftitled nak kongsikan sedikit akan hikmah yang Allah kurniakan bagi seorang wanita yang melahirkan anak agar terang pada kita..bahawa..hikmah Allah tu sangat berbaloi..sangat setimpal..dan sedikit pon x rugi..jadi pada bakal2 ibu..janganlah takot2 ye :)

*      Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

*      2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil. 

*      Wanita hamil perolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.  Rasulullah menyatakan bahawa wanita hamil akan memperolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah ke sana ke mari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah .

*      Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.

*      Wanita yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa pada setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.

*      Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

*      Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

*      Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun), malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.

*      Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.

*      Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.


nampak kan ?..betapa Allah itu Maha Adil :) ingat lagi, keluar2 je baby tu terus menangis2 tapi..sebaik sahaja si ibu letak kan kat atas perut dy..langsung hilang tangisan baby tu..hihi.. begitu juga pada si ibu, mula2 berkerut pedih mereka menahan sakitnya bersalin..tapi..segalanya hilang saat melihat bayi yang dikandungya sembilan bulan..hadir dihadapan mereka buat kali pertama..hanya senyuman dan tangis haru yang diukir..

seronokknyaaa la kan kalau ada baby :D 

* MOOD BERANGAN ACTIVATED *   #tetiba

hehe..so akhir post ni selftilted nak pesan kat korang2 semua..jagaaaaaa lah ibu korang selagi mereka masih ada..sayangiiiiii lah mereka seperti mana yang mereka lakukan kat kita..hargaiiiiilah setiap pujian dan penghargaan yang mereka berikan kat kita..sebab Allah janjikan syurga x susah..hormatilah  kedua ibu bapa kita :)

moga dengan ini aku akan lebih berusaha dan bersemangat untuk menjadi seorang Doktor Muslim yang berjaya, assalamualaikum.



p/s : teringat waktu baby keluar ade sorang nurse ni tanya, sarimah ke zali..? .hehe..
pandai diorang guna nama untuk tentukan jantina baby2 tu :)




0 Comment:

Post a Comment