Followers

Konspirasi sebalik kematian Michael JacksOn





Sebelum ini, kami membawakan kepada anda pembongkaran mengenai salah satu lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Dewa 19, iaitu kumpulan yang berasal dari Indonesia ini. Segala Info yang kami sampaikan, bukanlah memaksa anda untuk menerimanya, tetapi sebagai salah seorang umat Islam, kami merasakan bahawa kami patut menyebarkan info-info ini untuk pengetahuan anda tentang betapa bahayanya pengaruh Dajjal Al-Maseh dan Yahudi yang telah menular kedalam jiwa setiap insan yang hidup di bumi ini. Post kali ini pula ialah berdasarkan kematian Michael Jackson yang penuh dengan misteri!

Michael Jackson merupakan satu lagenda yang pernah menggegarkan dunia satu masa dulu. Nama yang dikenali hampir diseluruh pelusuk dunia ini sememangnya seorang yang berbakat besar dalam industri hiburan. Tidak perlu bagi WnH untuk meletakkan biografi penuh Michael Jackson kerana kami yakin anda mengenali insan ini. Lagu-lagu hit seperti ‘You are not alone’, ‘Beat It’, ‘Thriller’ dan sebagainya menjadi siulan di kalangan remaja pada masa kini. Tanggal 25/6, kita dikejutkan dengan berita tentang kematiannya. Michael meninggal di UCLA Medical Center setalah terkena serangan jantung di rumahnya di Holmby Hills. Paramedik berusaha menolongnya di rumah, kemudian membawanya ke rumah sakit tersebut. Menurut abangnya, Jermaine, Michael telah lama menderita sakit jantung. Itulah yang digembar-gemburkan oleh media barat yang telah diterima oleh semua orang yang meratapi pemergian ‘King Of Pop’ ini.

Kami amat tertarik dengan berita itu. Oleh itu, kajian demi kajian dibuat. Seperti yang anda semua ketahui, abang MJ terlebih dahulu masuk Islam dan menggunakan nama ‘Muhammad Abd Aziz’. Pelbagai bentuk tekanan yang dikenakan kepada Jermaine sehingga menyebabkan beliau berpindah ke Bahrain.

Pada tahun 1989, MJ telah membuat pengumuman yang mengejutkan dunia. Berikut merupakan text yang telah kami dapati ;

"I have seen the Islam in the life of my brother, I have read the books about Islam. And I'd love to someday feel the calmness and peace of Islam...."

Semenjak daripada itu, hidup MJ berubah sama sekali. Hidup beliau tidak pernah lekang daripada tuduhan-tuduhan yang dilontarkan kepadanya. Antaranya tuduhan mencabuli kanak-kanak. Semua tuduhan ini menyebabkan MJ berasa tertekan memandangkan MJ merupakan seorang yang berjiwa halus. Pelbagai jenis ugutan diterima oleh MJ sejurus selepas beliau membuat pengumuman itu. Semua pertuduhan yang dibuat oleh media ini bertujuan untuk membuatkan peminat-peminat beliau membenci beliau. Dan apabila beliau dibenci, beliau akan hilang pengaruh di kalangan peminatnya yang berjuta-juta kuantitinya di seluruh dunia ini.

Beliau telah menetap di England selama bertahun-tahun dan banyak diberi tunjuk ajar oleh seorang kawannya yang turut telah memeluk Islam, iaitu Cat Steven (Yusuf Islam). Beliau juga telah berkawan dengan seorang composer Muslim bernama Zain Bikha dan telah menghasilkan lagu ‘Give Thanks To Allah’. Zain Bikha telah mencipta lagu ini untuk dinyanyikan oleh MJ pada bila-bila masa Mj bersedia untuk menyanyikan lagu ini.

MJ telah mengikut jejak langkah abangnya untuk ke Bahrain dan telah menjadi tetamu besar anak kepada Raja Bahrain, bernama Sheikh Abdullah bin Hamad Al Khalifa. Disini, beliau telah berfikir dengan mendalam tentang penukaran agama beliau kepada agama Islam. Mj tinggal di Bahrain lebih kurang 3 tahun dan disana beliau mempelajari Islam, membaca Al-Quran dan belajar bersembahyang. Kemudiannya, beliau kembali ke Los Angeles dan memeluk Islam pada November 2008 di rumah temannya. Beliau juga turut mengerjakan haji bersama Raja Bahrain dan anaknya.

Semenjak memeluk Islam, MJ berikrar untuk tidak melakukan konsert lagi selepas beliau melakukan konsert terakhirnya sebelum kematian beliau. Beliau merancang semasa konsert beliau yang terakhir itu, beliau akan mengumumkan kepada umum tentang penukaran agama yang telah dibuat oleh beliau. Beliau akan berhenti menyanyi dan hanya akan menyanyi bersama Yusuf Islam dan rakan-rakan Muslim yang lain. Beliau juga turut merancang untuk menyanyikan lagu ‘Give Thanks To Allah’ semasa konsert beliau yang terakhir itu. Itu jugalah sebabnya beliau ingin menjalankan konsert itu di London. Kerana di USA, beliau menerima pelbagai kecaman apabila beliau membuat permintaan untuk menyanyi bersama Yusuf Islam.

Pada jam 12.30pm, 25th June 2009, beliau memeluk Pengurus Produksinya dan mengatakan bahawa beliau telah bersedia sepenuhnya untuk menjayakan konsert ini setelah melakukan rehearsal selama 2 bulan.

Pada jam 2.26 petang, kita diumumkan dengan kematian beliau!

Apabila 911 dihubungi, mereka bertindak seolah-olah tidak langsung mengenali siapa itu MJ. Mereka bertanyakan pelbagai jenis soalan seolah-olah seperti mereka mahu menangguhkan masa. Apa perlunya mereka berbuat demikian? Mengapa mereka sebegitu bodoh tidak mementingkan nyawa orang yang sedang dalam bahaya?

Pihak hospital mengatakan bahawa laporan autopsi akan keluar dalam tempoh 2 bulan. Sangat tidak masuk akal disini. Kita sendiri tahu bahawa teknologi di Afrika pun boleh mengeluarkan laporan autopsi dalam kurang dari 2 minggu.

Keluarga MJ mendesak pihak hospital mengeluarkan laporan secepat mungkin kerana mereka merasakan sesuatu yang tidak kena dengan kematian MJ. Laporan dikeluarkan selepas 4 hari berikutnya. Berdasarkan laporan, MJ telah disuntik dengan anaesthetic yang melebihi dosage yang dibenarkan. Terlebihnya dosage anaesthetic ini di dalam tubuh manusia akan menyebabkan denyutan jantung terhenti.

Satu lagi laporan mengatakan bahawa dadah anaesthetic itu penuh di dalam saluran darah MJ – tidak ubah seperti kematian Marilyn Monroe.

Doktor peribadi MJ juga turut menjumpai beberapa kesan suntikan di tubuh MJ menunjukkan usaha untuk menyuntik MJ telah dilakukan beberapa kali secara paksa.

Menerusi CNN Live, Presiden US, Barrack Obama telah membuat kenyataan berikut ;

"I love MJ, I grew up listening to his songs. It is a great loss, but rest assured that there is no conspiracy in his death..."

Jadi, persoalannya sekarang, mengapa seorang Presiden Negara besar membuat kenyataan berikut sedangkan laporan rasmi autopsi berkaitan kematian MJ tidak lagi keluar. Apa motif beliau? Seperti dia takutkan bayangnya sendiri!

Kita mengenali MJ sebagai seorang yang tidak menagih dadah dalam kehidupan beliau. Mengapa beliau perlu ketagih kepada dadah anaesthetic itu? Jika MJ betul-betul hendak bunuh diri, mengapa beliau tetap menjalankan rehearsal untuk konsert terakhir beliau?

Sudahlah dengan kematian MJ. Konspirasi yang sama juga terjadi dengan kematian Princess Diana, Martin Luther King, Marilyn Monroe dan John F Kennedy. Semua ini satu konspirasi kerana mereka takutkan jumlah penganut agama Islam yang kian bertambah. Setiap karakter-karakter yang mati, semuanya yang mencipta nama dan mempunyai peminat-peminat mereka yang tersendiri.

WnH berpendapat bahawa setiap individu yang mencipta nama yang telah mati, semuanya menyangkal setiap apa niat dan tujuan yang telah ‘The Elit’ berikan kepada mereka. ‘The Elit’ merupakan golongan yang menjalankan segala arahan yang telah dikeluarkan daripada Dajjal. Dan setiap mereka yang mengingkarinya, pasti akan dihapuskan demi mengelakkan konspirasi mereka terbongkar.

Berikut merupakan text yang kami dapati daripada internet ;

“MJ's family was about to give him a Muslim burial with the help of The Brotherhood of Islam. But, the CIA showed up at Neverland's door - blackmailed them that if they do so publicly, Katherine (MJ's mother) would be pull off from MJ's 3 children's custody as well as MJ's estates. Instead, they'll hire Debbie Rowe for the purpose, and the court will be in their favour. So much for democracy and fairness. Finally, they agreed to let MJ have a Muslim Burial in Neverland. But in condition, must show to the public a Christian Memorial Service, as to prove to the world that MJ was never a Muslim. So, Staples Centre was just a normal show. That's why the coffin was closed and sealed. MJ was buried days earlier. The Gold Coffin was empty. They were about to bury the Coffin according to Christianity ways in Hollywood - as in their deal with the USA Government.”

Marilah bersama-sama kita meneliti petikan lirik lagu yang diambil daripada salah satu lagu MJ, “They Don’t Care about Us”

Bang bang, shot dead
Everybody's gone mad
All I wanna say is that, They don't really care about us
All I wanna say is that, They don't really care about us
Beat me, hate me
You can never break me
Will me, thrill me
You can never kill me
Jew me, Sue me
Everybody do me
Kick me, kike me
Don't you black or white me
All I wanna say is that
They don't really care about us


Menerangkan kepada kita bahawa ada pihak yang cuba menjatuhkan beliau dan semangat beliau tidak akan luntur menentang mereka


All I wanna say is that
They don't really care about us
Tell me what has become of my life
I have a wife and two, children who love me
I am the victim of, police brutality, now
I'm tired of being the victim of hate
You're raping me of my pride, Oh, for God's sake
I look to heaven to, fulfill its prophecy...
Set me free, Skin head
dead head, Everybody gone bad
trepidation, speculation
Everybody allegation
In the suite, on the news
Everybody dog food

black man, black mail
Throw your brother in jail
All I wanna say is that. They don't really care about us

1 Comment:

Unknown said...

good info dude ! :)

Post a Comment