Followers

Ni baru Idola Kecil.!!





Assalamualaikum(",)
Untuk entry kali ni aku nak share kat kowg2 sumer sal 1 cter ni..
Cter ni sedih woO.



Bace la..Khas utk kowg2 sumer.







Cuba bayangkan apa yang anda akan lakukan jika doktor mengatakan yang anda hanya mempunyai 2 minggu sahaja untuk hidup.

Bagi Brenden Foster yang berumur 11 tahun, dia disahkan doktor menghidapi penyakit leukimia.Anda mungkin tidak menjangkakan apakah permintaan terakhir Foster.

"Ketika saya pulang daripada klinik untuk pemeriksaan kesihatan, saya nampak ramai fakir miskin di jalanan. Jadi saya rasa saya patut dapatkan sesuatu untuk mereka," kata Foster.








Daripada meminta barang permainan ataupun percutian menarik, dia membuat keputusan untuk menghabiskan tenaga yang tinggal untuk membantu fakir miskin di jalanan.

"Mereka mungkin kelaparan, jadi berilah mereka peluang," kata Foster.

Foster terlalu lemah untuk melakukannya sendiri, tetapi kemahuan dan kesungguhannya telah menarik perhatian ramai dimana jiran-jiran dan penduduk setempat telah melancarkan kempen makanan untuk fakir miskin.

"Kami akan berkumpul malam ini seramai 15 orang untuk membuat 200 sandwich dan bawa ke pekan esok,"kata Jennifer Morrison, salah seorang sukarelawan.

Itu baru permulaan. Kisah Foster telah menyentuh hati yang cukup dalam sehinggakan kempen ini tersebar ke seluruh negara dalam masa seminggu.

"Saya tidak pernah melihat keberanian dan semangat yang ditunjukkan oleh kanak-kanak kecil ini," kata salah seorang fakir miskin jalanan ketika beratur untuk mendapatkan makanan."Saya tidak pernah melihat perkara sehebat ini di dalam hidup saya. Ini menyebabkan saya kelu lidah.

"Sebaik sahaja melihat apa yang berlaku, saya tidak dapat mengelakkan tangisan keluar daripada mata saya," kata seorang wanita. "Saya cuba untuk memperbaiki hidup saya, dan kejadian ini menyebabkan saya melihat positif dalam hidup saya".

Foster, seorang yang melakukan segala-galanya untuk orang lain, tidak dapat berjalan dan cukup lemah untuk membuka matanya, berpegang tetap dengan permintaan terakhirnya.

"Musim ini adalah musim untuk menyumbang," katanya.

"Foster selalu memikirkan perkara baik untuk orang lain, dan selalu mahu menolong orang lain." Kata ibunya, Wendy Foster."Foster tidak pernah merungut kerana terpaksa melalui semua ini".

Dalam masa 2 minggu kempen makanan untuk fakir miskin telah mengumpul beribu-ribu dollar beserta dengan berbagai-bagai bekalan makanan.

"Dia telah meninggalkan satu kesan yang mendalam dan dia hanya berumur 11 tahun," kata ibunya."Dia telah melakukan lebih daripada apa yang orang ramai pernah idamkan dengan hanya membuat permintaan dan menyatakan apa yang ada di dalam mindanya.

Foster dapat hidup cukup untuk menyaksikan impiannya tercapai dalam membantu fakir miskin sebelum menghembuskan nafas terakhir di dalam dakapan ibunya pada pagi Jumaat.

"Ikut impian anda, dan jangan benarkan apa-apa menghalang anda untuk mencapainya," kata Foster.

Di Union Rescue Mission, 2500 hidangan telah diberikan kepada fakir miskin di atas permintaan Foster. Di kertas bungkusan sukarelawan, tertulis "Cinta, Brenden" sebagai mengingati sumbangan Foster.

"Bila saya beritahu bahawa dia akan mati, dia menangis," kata ibunya. Foster berkata,'Bila saya sampai ke syurga saya akan tanya kepada Tuhan kenapa dia mengambil nyawa saya terlalu awal kerana ada banyak perkara lagi yang saya ingin lakukan di dalam hidup ini.' Segala yang Foster ingin lakukan hanya untuk membantu orang lain dan bermanfaat kepada orang ramai."






Dats how d story ends..
Perh,haru sgt3 cter Brendan Foster ni.Huu~
So,got it??
Dunia ni sgt besar.Yes,i believe dat everyone will admit it..
Tp ape maksud idop kte kalu kite asik leka ngan dunie kte jer..?
Walla,mesti la kepuasan diri..
Tapi,kte lupe 1 perkare..
X sumer owg puas dngan diri kte.Hah,btol x?
Jadi kat sini aku nak sngat3 nasihatkan diri aku yg xbtol2 ni n kowg2 yg lembut hati 2..Buatlah sesuatu yg menyenangkan owg lain utk berjaya tp ble da berjaya..
Gunakan kejayaan itu utk membahagiakan owg laen pula.Cewahh.He2.
Itu jer kowt ntok kali ni..Mekasih coz sudi membace.Lenkali aku bawak cter baru ag utk kowg2 e.Nah ni vid ntok kowg.(Sori la ek tebesor plak skrin eh.He2)
TaA~




0 Comment:

Post a Comment